PEKDIS

PENGENALAN

PEKDIS adalah singkatan bagi Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah - Sekolah Malaysia. Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia mula ditubuhkan pada tahun 2005. Yang DiPertua PEKDIS yang pertama ialah Yang Berbahagia Hj. Abd. Razak bin Draman, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM.

Bagi sesi 2009/2010, jawatan Yang DiPertua PEKDIS disandang oleh Tn. Hj. Abdullah bin Md. Din, Timbalan Pengarah (Operasi Dakwah), Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Sehingga 2010, jumlah guru Pendidikan Islam seluruh Negara telah mencapai angka lebih 42 ribu orang. Jumlah ini dijangka akan mencecah angka lebih 60 ribu orang apabila semua keperluan jawatan diisi menjelang 2015 nanti.

Sehubungan dengan itu, semua Guru Pendidikan Islam perlu menjadi ahli pertubuhan bagi mendokong dan membantu aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah sekolah-sekolah serta menjaga kebajikan dan kepentingan perkhidmatan masing-masing.


OBJEKTIF

Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk;

1. Merapatkan ukhuwwah Islamiah antara semua Guru Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan prestasi perkhidmatan dan profesionalisma GPI serta menjaga kebajikan GPI.

2. Menjalinkan kerjasama dengan Jabatan dan Institusi Pendidikan dan juga dengan badan-badan dakwah dan agensi-agensi lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3. Meningkatkan kualiti pengurusan Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.

4. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

5. Membantu pelaksanaan aktiviti dakwah dan ko-kurikulum Pendidikan Islam di sekolah.

6. Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan atau lain-lain agensi yang berkaitan.

7. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan PEKDIS seluruh negara dengan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.

8. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti yang meliputi perkhidmatan, kebajikan kepada semua ahli dari segi pendidikan, kerjaya dan kesihatan.

KEAHLIAN DAN YURAN

Keahlian pertubuhan ini terbuka kepada;

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di institusi-institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan.
  2. PPP yang dirujuk di perkara (1) yang telah pencen.
  3. PPP yang dirujuk di perkara (1) yang sedang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Bahagian.
  4. Setiap ahli akan diberikan kad keahlian.
  5. Yuran tahunan ialah sebanyak RM12.00 (Ringgit Malaysia Dua Belas sahaja) dan hendaklah dibayar kepada bendahari Cawangan selewat-lewatnya pada 28 Februari setiap tahun.

BORANG KEAHLIAN

Muatturun borang(KLIK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan